Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Sunday, February 27, 2011

Jangan Dibiarkan Hari Ini B'lalu Tanpa Sebarang Kebaikan! Insaflah Wahai Diri..



Allah!..
Sungguh Malu ak padaMu bila mengenangkan dosa2 yang ak lakukan..
Kadang2 ak terfikir sendirian??..

Kenapa Mudah sangat aku melakukan dosa!
Padahal ak tau hukumnya berdosa!
Kenapa hati ini susah nak dijaga!
Padahal ayat2 Allah sentiasa m'jadi penjaga!
Kenapa seringkali mudah sangat nk fikir tentang keaiban manusia!
Padahal keaiban sendiri Xterjaga!
Kenapa sering nk menyalahkan taqdir apabila tadbir sendiri Xselaras dengan taqdir yang Esa!
Padahal ak Xberhak nak mempersoalkan takdir yang telah Kau tetapkan!
Kenapa susah sangat nak menegur manusia yang berada dalam kesesatan,kejahilan!
Padahal benda2 sebegini menguatkan aku untuk menghindari segala kemaksiatan yang mendatang!
Kenapa hari2 berlalu dibiarkan diisi dengan kekosongan!
Padahal rahmat Allah.. Nikmat masa lapangNYA terlalu melimpah2!
Kenapa diri ini takut nak bersuara demi memperjuangkan agama! Menegakkan kebenaran!
Padahal kejahilan berlaku depan mata sendiri!
Kenapa diri ini asyik dengan perkara2 melalaikan!
Padahal jelas2 Allah Xsuka manusia berhabis2an kehidupannya dengan mengingkari nikmat masa lapangNYA!
Kenapa & berterusan persoalan kenapa ini menerjah akal cetekku!..

Allah..
Kadang2 ak malu nak mengadu.. merintih.. meminta padaMU!.
Dek kerana kelalaianku sendiri perkara2 ini terjadi..
Tp Allah!
Ak tau KAU Xpenah bosan mendengar rintihanku..
Walau ak tau kekadang aku menjauh dariMU dek kesibukan duniawi yang langsung Xm'bawa manfaat langsung pada diriku sendiri!

Allah!
Ak akui..
Dosaku tinggi menggunung! B'timbun2 umpama longgokan sampah..
Taubatku hanya sedikit!
Kekadang ak mengulangi lagi dosaku.. B'taubat lagi..
Cintaku padaMu sungguh daif.. lemah..
Tapi ketahuilah hatiku meringik2 umpama bayi kesakitan, kehausan..
Aku ketandusan kasih sayang dariMu..
Ku gagahkan jua hati..
Berterusan mencari dan terus mencari cintaMu..
Mudah2an jalan mujahidahku ini menuju cinta dan redhaMu..
AMIN..


Tanyalah diri & Teruslah bertanya tentang kekurangan diri..
Muhasabah diri..
Jangan biarkan terus dipenuhi noda2 keaiban.. kesalahan.. kejahatan tanpa diubati dengan rawatan kekesalan..
Biarkan pembaziran linangan air mata dek kekesalan diri menginsafi kekurangan diri..
Ayuh!!..
Semarakkan pemikiran dengan kebenaran!
Kebenaran sentiasa mengiringi kita..
Hanya kita sendiri tertipu dengan kepalsuan nafsu menerjah hati & diri..
WaAllahua'lam!
Moga diri ini sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNYA..
InsyaAllah..

- B'doalah selalu - -Jangan sombong dengan takdir Ilahi- - Basahi hati dengan raungan kekesalan diri -

Wednesday, February 16, 2011

D'sebalik Ke "Masam" an Limau,,Kerendahan Hati D'zahirkan..

Ya Rasulullah..
Akhlakmu mempesona.. 
Budi Pekertimu tinggi menggunung..
Kerendaham hatimu memikat d'hati..
Kisah ini mudah2an memberikan tauladan & uswah hasanah buat kita semua..

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan :

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Sumber : razzy.com

Hebatkan sahabat2 akhlak Rasulullah??..
Agak2nya kalau kita??..
Ada orang nak menganiaya kita?
Kita tau x?.. ;)

Tuesday, February 15, 2011

-- Sejarah Kelahiran Muhamad SAW --


Selawat & Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW..
 اللهُم صلِّ على محمد وعلى آل سيدنا محمد

Sahabat2..
Jika d'lihat rentetan sejarah2 Rasulullah.. SubhanaAllah,Betapa hebatnya Baginda SAW..
Sejarah rentetan kisah2 hidupnya sehingga kini masih diperkatakan.. Malah,sebelum kelahiran Baginda SAW juga sudah diperkatakan.. Betapa Allah SWT memilihnya untuk menjadi kekasihNYA..

Akan tetapi,walau hebah diperkatakan sebelum kelahiran Baginda SAW lagi tentangnya,rahsia tentang kenabiannya tidak diketahui oleh sesiapun melainkan Allah swt.
Walaupun Abdul Mutalib (datuk Baginda SAW) bermimpi terdapat rantai  panjang lg b'sinar2 mencecah sehingga ke langit..
Lalu Abdul Mutalib pergi b'temu dengan penakwil mimpi,lalu beliau b'tanya," Apakah maksud di sebalik mimpiku ini"??
Lalu dia m'jawab,"Kamu akan mendapat seorang cucu yang hebat yang akan memerintah dunia"..

Tapi,adakah dia cakap akan lahir seorang Rasul??.. Tak kan..
Sehingga kini apabila Baginda SAW sudah wafat sekalipun,Baginda Saw masih lagi d'ingati,d'cintai,& d'sebut2 kisah2 sejarah hidupnya..
Adakah ada d'kalangan kita yang sebelum lahir lagi,ibubapa kita @ sesiapun pun menulis catitan diary tentang kita? semasa lahir,d'catit akan kisah2 hidup kita? selepas kematian kita,d'catit apa yang kita p'juangkn,apa yg kita lakukan sehingga 1dunia mengetahui tentang kita? 
Allahuakbar.. Hanya Rasulullah shja begitu.. Hebatnya Rasul utusan Allah kn??..

Sahabat2..
Bukan setakat kita mengetahui siapa dia "Baginda SAW" itu..
Tapi..
Berusahalah dalam mengamal'n sunnah2 Baginda.. Pasti kelak d'Akhirat kamu akan d'bangkitkan bersamanya..InsyaAllah..

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia.

Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. 

Akhirnya tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Sunday, February 13, 2011

Pengasas Al-Ikhwanul Muslimin - AsSyahid Hassan Al-Banna



Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari, 1949).Merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24).
 

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6).Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.


Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35)

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Ghibah dan Buhtan??..


Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).


Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)



Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.


Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.


Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".


Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.


Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.


Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".


Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).


Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."


Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata,Orang yang mengada-adakan cerita palsu tentang orang Mu'min dengan tujuan untuk menghinanya, Allah akan menghinanya pada Hari Pengadilan.


Riwayat Muslim, "Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar."



Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata:
Jadikanlah bahagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik:

  1. Jika engkau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikan (merosaknya) 
  2. Jika engkau tidak dapat menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya 
  3. Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah." Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."


Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya."


Memperkatakan sesuatu bermaksud buruk amat ditegah. Ini dinyatakan dalam Firman Allah yang bermaksud: Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan terang-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan saja) oleh yang dianiaya.(Surah an-Nisa, ayat 12)


Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."


Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud:.fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan..(Surah al-Baqarah, ayat 217).

Terdapat juga ghibah yang d'bolehkan,antaranya:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya)  boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur'an surat An-Nisa ayat 148:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. An-Nisa' : 148).

Ayat ini menjelaskan bahwa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma'ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, yaitu Surat An-Nisa ayat 149:

"Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An-Nisa: 149)
 
2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar.
 
Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
 
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:
a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma' ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur'an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.


5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.
Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.


6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.
  
Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.Wallahu a'lam..

 

Kisah Seorang Pencuri & Abid.. Semoga M'beri Pengajaran & Penambahbaikan Diri buat kita semua,InsyaAllah..


Di zaman Nabi Musa `alahi salam ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa `alahi salam sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa `alahi salam. Katanya; “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”


Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa `alahi salam dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”


Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”


Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa `alahi salam.


Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.


Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.


Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.


Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” (Riwayat Muslim)

Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com

Saturday, February 12, 2011

Berzina itu Lebih Mudah Dari B'kahwin??..




Agak keras & Tidak b'moral juga tajuk ini ya??..
Tp??..
Itulah hakikatnya yg b'laku pada umat akhir zaman ini..
Astaghfirullah..
InsyaAllah,Mudah2an kita dijauhkan daripada perkara2 yg membawa kepada kemurkaanNYA,kemarahanNYA,Amin..

Saya bukannya ANTI-SOSIAL ya!
Tp?..
Saya Xmahu keadaan sosial ini bertambah lebih parah lagi..
Ayuh! Sama2 menasihati & saling memberi peringatan kepada sahabat2 kita..

B'kahwin?? susah ke??
Islam itu mudah! & Lg memudahkan!
Islam itu syumul..
Tp?
Gejala seperti ini sukar dibendung!
Mengapa??.. Adakah seronok buat dosa??..
Xdapat apa2 pun! Malah sentiasa resah.. gelisah.. bila memikirkan Allah Maha Melihat apa yang kita buat..
Tidak ada  sekelumit pun perasaan MALU bila buat maksiat..
Yang difikirkan hanyalah KESERONOKAN semata2!..
Ini semua kenikmatan duniawi..
Duniawi senang! Tp? Akhirat tak!.. Ini ke yg kita nk dalam hidup?
Ayuh sahabat2!
Bangkitlah dari igauan keseronokan duniawi anda..
Moga kita sama2 t'golong dalam rahmatNYA
InsyaAllah..

1. Pernikahan dalam hukum Islam adalah amat mudah. Memadai dengan lima rukun nikah sahaja.

2. Walau bagaimanapun, pernikahan dalam pentadbiran hukum Islam tidak sekadar dengan rukun nikah tetapi pelbagai syarat perlu dipatuhi. 

3. Tidak dinafikan bahawa pentadbiran yang digubal ada kebaikan dan maslahat masyarakat.

4. Namun ada masanya pentadbiran hukum ini menyusahkan pernikahan, khasnya dalam kes poligami.

5. Natijahnya, ramai pasangan bercinta lebih selesa berzina, seks suka sama suka, seks bebas dan sebagainya. Malah segelintir masyarakat muslim tidak kisah dengan pasangan yang bercinta tanpa ikatan nikah yang sah, pasangan yang berdua-duaan di tempat sunyi, pasangan yang berpegangan tangan di mana sahaja, pasangan yang keluar berdua hingga jam 1 pagi dan sebagainya.

6. Akan tetapi, jika ada pasangan yang bernikah dengan memenuhi rukun nikah cuma tidak menurut pentadbiran hukum syarak, kisah pasangan ini mungkin dijaja dan menjadi bahan cerita.

7. Benarlah sabda Nabi s.a.w. bahawa banyaknya zina adalah satu tanda daripada tanda Qiyamat atau tanda akhir zaman.

11-2-11 {Tarikh Penuh Kebahagiaan Buat Warga Mesir}

Alhamdulillah 'ala kulli hal..
Telah dinyatakan dalam surah Al-Mu'minun ayat 1:
Firman Allah : B'jayalah Orang2 B'iman!

Kita dapat lihat orang2 yang kejam pasti d'usir oleh orang2 yang b'iman..
Dalam Firman Allah yg lain, " Allah akan membantu orang2 yang menolong agama Allah"

Alhamdulillah,akhirnya tanggal 11 Feb 2011..
Keadilan t'maktub buat negara Mesir setelah Omar Suleiman membuat pengumuman tentang perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir Keempat, Mohamad Hosni Sayyid Mubarak selepas 3 dekad pemerintahannya.

Keadilan yang menjadi tunggak sesebuah kuasa. Mengkhianatinya akan mengheret kejatuhan sebagai hukum Alam sebelum hukum Agama. [Ustaz Hasrizal]
 
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”  
[Aal 'Imraan 3: 26]

18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.
Pelbagai insentif ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesayangannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.
Hosni Mubarak meletakkan jawatan!
Alhamdulillah,segalanya d'makbulkan Allah..
Setelah 30 dekad rakyat Mesir menderita.. Kita D'Malaysia tidak merasai apa yang mereka rasai..  Pembaharuan dalam masa 7bulan yang ditawarkan Hosni Mubarak untuk rakyat Mesir langsung Xdiendahkan! Bagus2! Jika dalam masa 30dekad pon dia Xdapat nak lakukan pembaharuan! Malah semakin hari,semakin kejam! Adakah dalam masa 7bulan,dia mampu untuk memenangi hati rakyat??..Dia mampu untuk menebus kezalimannya??..

      


Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.
Harapan rakyat agar :

  • Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim
  • Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
  • Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
  • Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.
  • Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.
InsyaAllah,mudah2an..
AMIN..

Friday, February 11, 2011

Kisah Rasulullah SAW Menyuruh Org Buta Solat Berjemaah


Ada seorang buta datang menghadap Rasululullah saw dan bertanya,"Ya Rasulullah, saya tidak punya orang untuk membimbing saya untuk datang ke masjid, apakah saya boleh tidak datang ke masjid?"Rasulullah saw membolehkannya.Tetapi setelah orang buta itu hendak pulang Rasulullah saw bertanya"Apakah kamu mendengar azan?","Ya" jawabnya "Kalau begitu datanglah ke masjid untuk solat berjemaah" (HR Muslim)

Rasulullah saw sangat suka org lelaki solat di masjid kerana Allah swt sangat-sangat suka pada amalan ini. 2 orang yang solat berjemaah, lebih disukai Allah daripada 4 orang yang solat bersendirian. 4 orang yang solat berjemaah, lebih disukai Allah daripada 8 org yang solat bersendirian. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut ke masjid akan mendapat naungan istimewa daripada Allah swt di akhirat nanti. Allah swt akan tangguhkan satu malapetaka ke satu tempat, sekiranya ada golongan manusia yang berulang alik ke masjid untuk solat berjemaah di tempat tersebut.

Every little helps :) Jadi, mari kita galakkan suami, anak2 lelaki dan mahram lelaki utk solat berjemaah di masjid. Ceritakan lagi dan lagi kelebihan solat berjemaah kepada mereka. Sediakan pakaian dan keperluan mereka untuk solat berjemaah.Mudahkan urusan mereka untuk ke masjid. ***Berita baiknya..Orang yang menggalakkan orang lain beramal, akan dapat pahala yang sama dengan orang yang beramal..InsyaAllah ~~Yay!! Alhamdulillah :) :) :)

Wednesday, February 9, 2011

Rahsia D'Sebalik Rukun Solat..Sekadar Perkongsian & Peringatan Sesama Kita..


1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10. Tahiyyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Pelajar2 D'Mesir.. Kesiannya mereka.. Xpasal2 t'libat sekali dengan rusuhan ni..


Sebarang info2 t'kini & d'update boleh d'layari di laman ini :

Just saya nk nyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap kerajaan Malaysia yang mementingkan kredibiliti mereka dalam politik sehingga dalam keadaan pelajar2 Malaysia d'Mesir yang d'landa krisis ini pom masih nak d'pertikaikan kesalahan pelajar2 ini..

Mana perginya sikap keterbukaan mereka dalam memimpin??.. Fikir2kanlah.. Itu hak mereka dalam memilih pemimpin2 yang sebenar2nya layak untuk memimpin.. Ketidakadilan & Kezaliman berlaku d'mana2 kalau kita lihat sekarang ni..

Perlu diingat juga:
Islam bukan agama berteraskan KEBENCIAN!
Bukan juga b'musuhan sesama manusia!
Tapi??
Islam agama yang berteraskan KASIH SAYANG!KEAMANAN!KESUCIAN B'landaskan Syari'at..
Fikir2kan..
Jadilah generasi yang berakal,berfikir berlandaskan syariatullah..
Bukan SELFISH..
Yang Menghamburkan kata2 dusta tanpa b'asas!

Moga2 Pelajar2 Malaysia d'sana dilindungi oleh Allah.. Kerana sesungguhnya DIA adalah sebaik2 penjaga..InsyaAllah,Mudah2an..

Sayangnya Allah Pada Wanita.. Nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan??..

Sayangnya Allah Kepada Wanita:

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita

1. ibunya 
2. isterinya  
3. anak perempuannya 
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
 ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya, 
2. ayahnya,
 3. anak lelakinya
 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melaluimana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan
 3. taat suaminya
 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti
pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. 

Terlalu banyak nikmat kasih sayang Allah kepada wanita,tapi? Masih ramai yang mendustakan nikmat2nya.Astaghfirullah. Memang Allah jadikan wanita ini dari tulang rusuk kiri yang bengkok!Tp?Siapa yang meluruskannya kalo bukan insan yang bernama "lelaki"??..Hehe.. Kelemahan wanita bukan menjadi penyebab untuk wanita itu terus lemah!lemah!& b'terusan lemah!Bangkit la wahai kaum wanita!Jgn bangkit bersifat sementara!Tp?Bangkitlah yang tiada penghujungnya.. Hehe.. Ayuh3 =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...