Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Kisah Kek & Sijil Halal JAKIM ---

Bismillah..

Assalamu'alaikum..

Allahumma Solli 'ala Muhammad..

Muga2 pembaca blog ini sentiasa dalam kebaikan & rahmatNya, amin99x.

Just nak sharing pasal kek.

Siapa suka makan kek??? *pleaseputupyourhand!*



  Perghhh! Terliurrr tengok moist choc cake nih!


Hurmm...

Last week, masa kelas pengurusan dakwah, murabbi ku menceritakan pengalaman beliau semasa di kedai kek! *formalglerayat!*

Yang ak ingat situasi kat 2 kedai je,

Ni perbualan di antara murabbi ku & pekerja kedai tersebut, tiap butir perkataan yang sebetulnya ak Xingat sgt, tp ak tulis yang hampir2 serupa jela.

P/S: [Rakan2 sekelas, kalau ada silap, boleh betulkan di bahagian comment]



SITUASI DI KEDAI PERTAMA:

Xsilap ak nama kedai ni cina, tapi ada cop halal jakim kat kedai tersebut.

DIM: Kek ni halal ke tak? sebab sy nampak ada cop halal jakim.

PKK: *kebingungan nak jawab*, ada kot!!

DIM: Ada kot??? Mana surat halal dari jakim? sepatutnya di tampal bagi pembeli nampak. 

PKK: Emm

DIM: Sy sebagai pembeli ada hak untuk tny halal/x, & sy boleh mengadu pada p'satuan pengguna mengenai hal ni.

PKK: Err.. Jap ya sy call boss! [Boss dia ckp tgh busy kot masa nih -.-']

DIM:  Terus Xjd beli ---



SITUASI DI KEDAI KEDUA

Ni kedai orang islam, murabbi ku kata muslimatnya b'tudung labuh, suami isteri b'niaga kek. Kebanyakan kek yang dijual di kedai ni adalah atas brand "SEASON".

Kedai ni pun ada cop halal jakim.

DIM: Jalan2 tengok kek, " Mana surat halal dari jakim?"

PKK: Dalam proses nak dapat.

DIM: Kek2 yang dijual di sini halal semuany?

PKK: *kebingunan nak jawab*


Then, tetiba datang lori kek. Nak hantar stock kek baru. Tengok2 yang turun dari lori tu, APEK seluar pendek paras atas lutut, & AMOY kuku panjang berkaler2!


DIM: u punya kilang kek kat mana?

AM: kat tmn ungku aminah.

DIM: Siapa pekerja2 u yang buat kek ni?

AM: Majoriti Cina & Indon!


Perbualan DIM & PKK di sambung setelah lori kek beredar pergi.


DIM: Awak tahu tak sama ada kek ni halal / x?

PKK: Boss kilang tu kata halal .

DIM: Awak Xpernah pergi kilang kek tersebut & check?

PKK: T'diam *sambil geleng2 kepala agaknya!*


-------------------------------------- END ----------------------------------
 


Agak2 la kan, anda tergolong tak dalam kalangan orang yang mempunyai kesedaran untuk bertanya tentang halal haram seperti murabbi ku tadi??

Ke ??? Terus je masuk kedai kek, pilih2 kek & beli ???

Ada cop HALAL JAKIM Xsemestinya makanan/minuman itu halal tau! Murabbi ku yang kata. Bukan ku kata! :)


P/S ---> Sebagai orang Islam, seharusnya PEKA terhadap isu halal & haram nih. Lepas ni kene tanya! Biar la dia nak marah2 kita ke? Sebagai pembeli, kita ada HAK untuk bertanya tentang HALAL & HARAM sesuatu benda tu.

Didik generasi2 kita akan datang tentang ni eh. Jangan main sumbat je dalam peruttt,  kelak penattt nanti nak jawab dengan Allah,kn??? kui3 :)


GLOSARI

Murabbi: Pensyarah/Guru/Pendidik 

































































Wednesday, November 21, 2012

Ouh ULSER!!!!

Bismillah..

Assalamu'alaikum..

Allahumma Solli 'ala Muhammad..

Ya Allah, kau bantulah saudara2ku di Gaza dengan kekuatanMU, Amiin :)

ULSER??? atau familiar nya biasa ak sebut "Mata Ikan" ---

Sakit weyh! Paling kejap bg ak, ULSER ni beransur pulih, it takes 1weeks. Tak tahu la anda bagaimana?? Hee..

Ceritanya, bulan ni je 2X ak kene ULSER!! Xtahu kenapa? BUT Thanks ALLAH. ULSER mendekatkan aku dengan kau. Memang takde perkataan lain, ak sebut bila sakit sangat3, "ALLAH, Sakitnya". *sambil nangis guling2*. Means that, 1st tempat kita bergantung & mengadu, YOUR CREATOR, ALLAH. Dia datangkan penyakit, ada hikmahnya. so,be P.A.T.I.E.N.C.E --- It'll be N.I.C.E --- Percaya la ---

Ni pesanan ustaz ak, dia kata, jadikan diri anda orang yang luarrr biasa bila sakit. Means, sabar, ingat Allah, sebut nama Allah bila sakit, jangan DOWN!! fikir bukan2, "Kenapa Allah bg penyakit ni?? & sebagainya la". Imbas balik, apa yang kita dah buat?? Cukupkah perintah Allah yg kita buat, adakah semua perintah Allah kita laksanakan dengan baik?? Think Back camni. Anda akan rasa beruntung sgt2 Allah bg sakit.

Daripada Abu Said al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan, malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosa2nya". [Riwayat Al-Bukhari & Muslim].

Memang tiap2 malam, tak boleh nak tidur + WAJIB nangis dulu, sebelum terlena ... Sejak kat U ni, kerap sangat kene ULSER. 1bulan 1X. Tapi Alhamdulillah, bulan ni 2X 1bulan. *tu la, berat mulut sgt agaknya nak zikir, Allah bg ULSER, padanmuka!*

Tapi, Alhamdulillah, ak kene ULSER Xseteruk orang lain, yang kekdg sampai 4-5 ulser dalam 1mulut bila kene. Tapi ULSER kali ni, ak demam, sebab bengkak kat bibir, memang susah sangat nak makan, susah nak buka mulut, susah nak cakap, tapi usaha juga cakap.

Ni la dia, ULSER. Bukan mulut ak, ok! Haha ---


Nie bukan mulut ak,ok!! Google ---


Memang macam2 ikhtiar ku cuba termasuklah, letak TEAMIX kt ULSER tu, sangat3 pedih, wohooo--- Kumur2 dengan ALOE, Kumur2 dengan air garam. Semuanya sangat pedih, but tahan jela. Apa boleh buat???? *Trademark IbuDame Zero2Hero Gambang!!!*

Weyh, faten?? Teamix & Aloe tu apa??

Meh sini aku tunjuk ---


Memperkenalkan ----> TEAMIX Herbalife!!! SuperDuper Energy!!! Sedap2!!!


Memperkenalkan ----> ALOE Herbalife!!! Nie pun sedap! Rasa cam REVIVE!! Haha... Cuma Xber gas!

Ok, baiklah.... Setakat ini sahaja.. & Alhamdulillah, My ULSER going better. Hooorey!





LOSE/GAIN WEIGHT

EARN EXTRA INCOME

017-7999290

Sunday, February 13, 2011

Kisah Seorang Pencuri & Abid.. Semoga M'beri Pengajaran & Penambahbaikan Diri buat kita semua,InsyaAllah..


Di zaman Nabi Musa `alahi salam ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa `alahi salam sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa `alahi salam. Katanya; “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”


Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa `alahi salam dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”


Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”


Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa `alahi salam.


Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.


Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.


Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.


Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” (Riwayat Muslim)

Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com

Wednesday, February 9, 2011

Rahsia D'Sebalik Rukun Solat..Sekadar Perkongsian & Peringatan Sesama Kita..


1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10. Tahiyyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Monday, November 29, 2010

10 Peringatan Bumi Untuk Kita!



Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...