Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Untukmu Wanita. Show all posts
Showing posts with label Untukmu Wanita. Show all posts

Friday, November 23, 2012

SIAPA NAK KAHWIN AWAL???

Bismillah..

Assalamu'alaikum..

Allahumma Solli 'ala Muhammad..

Ya Allah, bantulah saudara2ku di Gaza dengan kekuatan serta kekentalan jiwa dengan kehebatan kuasaMU, amiin99x



Perghh!! Perbincangan MOST POPULAR sekarang ni bagi GenH (Below30)!! *termasuk aku!* kui3 ---

Tipu sgt!! Siapa GenH takde rasa nak kawen --- *ketukbyk2pintuhatidengandoa'*

Antara WHY HERBALIFE ku join this INTERNATIONAL COMPANY ni, but bukan MAIN WHY, ialah KAHWIN ---

But, it's ok, kalau dapat kumpul RM50 - RM100 sebulan *KalauKayaBolehKumpuLebih*. Bak kata pepatah, "Sikit2 lama2 jd bukit,kan??". It's same dengan konsep sedekah, yang ALLAH bagi perumpamaan dalam Al-Quran..

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS, 2:261)

Bila usia meningkat dewasa, dan saat ini, by Allah's will, 2013 ak nak grade, then menjadi seorang yang bekerjaya, then menjadi khalifatullah yang bertebaran untuk memakmurkan bumi, ak terfikir soal jodoh. Bukan sebab dah gatai sangat ooi, tapi ak ada matlamat tersendiri untuk bernikah awal yang hanya ku kongsikan bersama Allah dalam sujud terakhirku *chewwahayatko!*---

Seriously, dalam HERBALIFE, terlalu ramai Gen-H + MudaMudi herbalifers yang kahwin awal. Jealous weyh!! Jangan salah faham, ak jealous bukan sebab Allah beri mereka kelebihan kahwin awal dan ak belum dapat lagi kelebihan tu *comingsoon,amiin*, BUT ak pun nak sama2 dengan mereka juga dapat kahwin awal fully pakai duit HERBALIFE!! 

Meh sini I show u Gen-H Herbalifers yang kahwin awal + Fully pakai duit HERBALIFE.


My sponsor, kahwin di usia 21tahun. Sekarang Amalina 23tahun,Abqari 24 tahun. 
 Asiyah 1tahun setengah. 



K.Maryam dan Hafiz 24 tahun. Kahwin di usia 22 tahun. Baby Umar 11bulan. 

Hafiz cakap, "Siapa nak kahwin awal,buat HERBALIFE betul2!".



Kahwin di usia 22 tahun, K.Atie 23tahun, Yus 24 tahun. Baby Yassir 6 bulan.  

K.Atie nih mak dia mintak hantaran sampai 20k!! Tapi Yus dapat collect 35k dalam masa 6bulan!! 


    
K.ika & Rudi 24 tahun. Kahwin usia brp Xpasti. Baby Iman Akmal, 5 bulan.



K.Yana & Iman 24 Tahun. Kahwin 23 Tahun, time tu, Iman masih blaja kat France. K.Yana fresh graduate UK. K.Yana skrg tgh on due 1st baby! 




K.Nadiah & Firdaus. Kahwin (2008) ketika masih lagi student UNISEL (partime hbl). Skrg da fulltime ---  2 orang anak.



Ni Momoi, 19 tahun, Insya'Allah bulan12 ni nak kawen!! *sabo2*


Ni?? Saya la!Haha. NextYear!! *XtahuPunDgnSiapa?*, Insya'Allah, pheww---


Sebenarnya, ramai sangat3 Gen-H Herbalifers kahwin muda!! Nak jumpa dengan mereka, & tanya sendiri bagaimana mereka boleh generate income dengan HERBALIFE & kahwin muda?? Jom laaaaa ikut saya p customer day!! :)  Anda boleh interviewww mereka sendiri ---

Majoriti dalam HERBALIFE ni kahwin usia 19-24 tahun, MUDAkeMUDA??? Sebab apa ramai MudaMudi sekarang nak kahwin, tapi bertangguh??? Isu kewangan,kn??? *ngakujelaa*---

Yela, hantaran sampai nak 20-30k, 1 tahun keje pun, belum tentu dapat kumpul 10k. Dalam Herbalife, usia awal20an, income 1bln 10k!! Xyah tunggu sampai 1tahun, nak kumpul 10k. BESTkeBEST???

Terdapat perbezaan di antara orang yang berkahwin & belum berkahwin. Orang yang berkahwin mempunyai kelebihan iaitu P.A.H.A.L.A mendidik anak & isteri. Oleh sebab itu, Rasulullah & takde Nabi yang Xkahwin. Nabi Yahya sendiri dapat juga fadhilat kawin, tapi beliau tak dapat dekat dengan isterinya. Nabi Isa pula diangkat ke langit oleh Allah tidak berkahwin, tapi apabila diturunkan kembali oleh Allah ketika hari hampir kiamat nanti, ketika itu Nabi Isa akan kahwin.

Nabi galakkan,"BERKAHWINLAH, ITU SUNNAHKU"!"

HERBALIFE untuk semua!! Tapi bukan semua nak HERBALIFE!! NO PROBS :)



Ok,

HERBALIFE ini sangat3 sesuai untuk:

1) Barangsiapa yang "FRESHGRADUATE", tapi masih menganggur!

2) Barangsiapa yang "NAK KAHWIN AWAL", tapi masih belajar & da habis belajar pun! Come & Join us :)

3) Students yang asik mengeluhh, "TAK CUKUP DUIT".

4) Barangsiapa yang nak cari "EXTRA INCOME", Come and Join us :)

5) Barangsiapa yang STRESS dengan pekerjaan sekarang, gaji Xcukup nak bayar macam2 hutang, Come & Join us :)

Hah, sebelum terlupa, fikirkan kata2 ini ya ---

Caldina Knouc wrote: : Lagi 3-5 tahun ni, pakar ekonomi ramal semua org akan buat partime job sebab nak tampung kos yg smakin tnggi, so better start skarang kan???

Alright, Sekian... Wassalam ---

 

 
 Anyone interested in making extra income RM500-RM3000/month?
 
Pm! 017-7999290



Tuesday, February 1, 2011

Sayangnya Allah Pada Wanita.. Nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan??..

Sayangnya Allah Kepada Wanita:

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita

1. ibunya 
2. isterinya  
3. anak perempuannya 
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
 ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya, 
2. ayahnya,
 3. anak lelakinya
 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melaluimana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan
 3. taat suaminya
 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti
pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. 

Terlalu banyak nikmat kasih sayang Allah kepada wanita,tapi? Masih ramai yang mendustakan nikmat2nya.Astaghfirullah. Memang Allah jadikan wanita ini dari tulang rusuk kiri yang bengkok!Tp?Siapa yang meluruskannya kalo bukan insan yang bernama "lelaki"??..Hehe.. Kelemahan wanita bukan menjadi penyebab untuk wanita itu terus lemah!lemah!& b'terusan lemah!Bangkit la wahai kaum wanita!Jgn bangkit bersifat sementara!Tp?Bangkitlah yang tiada penghujungnya.. Hehe.. Ayuh3 =)

Friday, December 24, 2010

Berbahgia la kamu Wahai Wanita !


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda... ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda... ‘Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'.

Terciptanya Wanita ...



1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
 
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (Serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. "Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz r.a: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (Kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak". Sabda Baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Tuesday, November 30, 2010

<< Cantiknya Wanita Berjilbab Dihiasi Dengan Akhlak2 Yang Baik >>

 
1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab (tudung)???sebab...DIA AKAN TUTUP AURAT

2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAK AKAN TUNJUKKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

 
5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA ANAK SOLEHAH

6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

 
7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIHAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DAHSYAT DEKAT AKHIRAT KELAK.



 
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,



“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].



Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,



“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”


Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,



“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Monday, November 29, 2010

<< Lelaki2??..Knp la Kamu Sukar Nak Mintak Maaf ya??!! >>


 
"Kalau saya yg buat salah,saya akan minta maaf dahulu.Kalau "Si dia" ( Xkisah la sapa2 yg terasa) buat salah,t'kadang dia minta maaf,t'kadang?Langsung tak!!..Kadang2 dia buat lawak lagi adalah utk menutup kesalahan dia tu.Sabar Jela,kn3??..
Kenapa la Laki2 ni susah sgt nk melafazkan "MAAF" ya?" Luahan hati saya! Heheeeee =)))

Benarkah Lelaki Sukar Mintak Maaf??


Sedikit Informasi mengenai mekanisme otal laki & wanita apabila menghadapi isu salah siapa.Kebanyakan lelaki berkonsepkan "MONOTREK",kurang menggunakan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tengah bahagian otak.Binaan ini bertujuan supaya orang lelaki fokus mindanya kepada perkara2 luaran.Agar lelaki cepat mengubah sekeliling dan menerokai alam luas.Cepat menyalahkan orang lain,perkara lain dan persekitaran untuk membaiki sesuatu isu atau rintangan.

Fokus Kepada Hubungan Interpersonal { Individu }

Orang Perempuan kebanyakannya "MULTITREK" dan minda mereka fokus kepada hubungan interpersonal, maka banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi.Perempuan akan cepat menyalahkan dirinya apabila timbul sesuatu isu agar dapat bersedia untuk menjaga hubungan dengan orang lain.Dengan ini perempuan mudah diri sendiri berbanding lelaki.

Lelaki Kelihatan ego kerana tidak mahu menyalahkan diri sendiri.Tetapi hakikatnya,binaan atau litar mindanya tidak berkait dengan emosi dan dalaman dirinya.Ini membolehkan lelaki cepat bertindak "menyerang musuh" semasa sedang berjuang berperang di lapangan.Kalau binaan lelaki juga sama seperti perempuan,tidak adalah kejayaan tentera melawan musuh kerana asyik berperasaan salah diri sendiri daripada menyalahkan musuh.

Oleh itu,kita pintar jika kita tahu bagaimana menguruskan lelaki yang sedang menghadapi kesalahan.Jika lelaki membuat silap,pada peringkat awalnya mereka tidak akan mengakui kesilapan diri.Mereka akan mencari kesalahan orang lain.Ini mekanisme awal yang terjadi secara spontan kerana binaan itu.

Contohnya,suami balik dari kerja,tersepak cawan yang ditinggalkan oleh anaknya di tepi pintu.Maka marahlah dia kerana tidak simpan cawan itu selepas digunakan.Petangnya pula,dia pula yang minum di tepi pintu dan bangun ke halaman rumah.Apabila dia kembali terlupa dan tersepak cawan itu dia pasti akan memarahi anak-anaknya kerana tidak cepat2 ambilkan cawan  yang dia minum tadi menyebabkan dia tersepak cawan.Lelaki ini akan mula memikirkan kesilapannya apabila jiwanya tenang dan ketika dia bersendirian..

Oleh itu!!
Buat Kaum Hawa!
" Jgn Sesekali Fokus terus kepada kesalahan dirinya,k! "

Kerana Aku Seorang Wanita..Yg Aku Harapkan Ialah >>



Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku

Kerana aku wanita
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

Kerana aku wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku

Kerana aku wanita 
Air mata teman setiaku

Kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

Kerana aku wanita 
Aku damba pertolongan darimu Adam


Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku

Kerana aku wanita
Akhlakmu ukuran dimataku


Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
Takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita
Maka peliharalah susunan kata-katamu

Kerana aku mudah terasa
Namun aku bukan lemah
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

Kerana aku wanita
Peliharalah dirimu dari mencemuhku

Saat titisan jernih mengalir dari mataku
Kerana itu cara untukku
Meluahkan perasaanku
Supaya hatiku tenang kembali

Kerana aku wanita
Aku memang sangat peka

Maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
Hakikatnya kau begitu jelek pada pandanganku.

Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
Darjat mu telah jatuh pada pandanganku

Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
Maka tiada lagi hormat untukmu dariku
..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...