Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Saturday, December 15, 2012

TREND Di Sebalik Keindahan Tarikh 12.12.12 dan 1.2.1234

Bismillah..

Assalamu'alaikum..

Allahumma Solli 'ala Muhammad..

Muga2 pembaca blog ini sentiasa diberi kebaikan berpanjangan & rahmat dariNya, amin99x

Alhamdulillah hari ini tanggal 15.12.12 bersamaan 2 Safar 1434H. Muga2 kita memanfaatkn sebaiknya tiap detik nafas yang diberi olehNya. 

Jika menurut perhitungan matematik, umur kita bertambah, tetapi menurut hitungan agama, bererti umur kita makin berkurang. Betul x?



Kenapa ak meng "POST" pasal ni??

Sebabnya ak rasa masyarakat sekarang, termasuklah diriku sndri, suka akan keindahan & kecantikan akan tarikh2 tersebut --- *yeke?*

Contohnya tarikh hijri semalam, 1 Safar 1434H / 1.2.34  
[Nampak nombor ni tersusun & cantik je].

Then 3 hari lepas, tarikh masihi, 12.12.12 & ada yang peka terhadap masanya sekali 12.12am.

Tidak salah suka akan keindahan di sebalik nombor tersebut, tapi yang salahnya terlalu taksub & meng"ANDAI" sesuatu yang belum pasti atau menilik nasib melalui nombor tersebut, Nauzubillah. 
[Buka Al-Quran, rujuk Surah Al-Ma'idah: 90 tentang pengharaman Tilik Nasib]

Contohnya, Ada yang kata, 

"ANDAI 12.12.12 ini jadi tarikh perkahwinan aku kan best". 

Haa. Adalah lebih baik bagi kita b'doa supaya Allah mengaturkan sesuatu lebih baik di hari pernikahan kita. Xkisahla bila pun kn?.

Eyh! Kau ni fatin, kalau betul2 ada yang nikah masa tu, cmna plak??

J: Andai ada yang nikah masa tu, ia bukannya satu kebetulan, tapi satu aturan waktu dari Allah yg Maha Indah. Bagusla.. Anda insan yang terpilih!!!
Syukur Alhamdulillah,kn?? :)

ATAUPUN

Ada yang menginginkan sesuatu dengan bermonolog,

"Semoga tarikh 12.12.12 ini membawa TUAH buat aku!"

Means, dia PERCAYA pada date tersebut bawa tuah pada dia, BUKAN pada Allah yang memberikan tuah/kebaikan pada dia. *fahamKEfaham?*

Ak rasa macam dah menjadi "ADAT"/"TREND" dalam masyarakat sekarang apabila masuk Tahun Baru je, Xkisahlah Masihi/Hijri, saling mengucapkan, "Selamat Tahun Baru" & sebagainya lah.. 

ATAU 

Ada yang hanya menanti detik2 pergantian masa untuk ke Tahun Baru seterusnya merai'kan kegembiraan bersama rakan2/keluarga. *Adakeorangcamni?*

Zaman Moden sekarang ni, ada FB, Twitter, WhatsApp, BBM, & apa2 jela yang boleh sampaikan ucapan tersebut, penuh dengan comment mahupun muncul di status FB/Twitter, & ada yang hanya ucap Selamat Tahun Baru sahaja, & ada yang iring dengan doa'. Bagus la, saling mengingatkan & mendoa'kan ---

Ak nak share tweet  DR Maza  tentang Doa' Awal Tahun/Akhir Tahun,


Pernah zaman sekolah dulu, ustaz pesan, "Lebih baik awak tanamkan niat untuk berhijrah/berubah mengikut waktu Hijri, bukan Masihi"

Kebetulan waktu tu ada besday sorang kawan, masing2 wish la besday dia, then ustaz pun lalu, ustaz kata, "Awak ingat tarikh kelahiran Hijri saat awak dilahirkan dulu?". Masing2 diam --- Huhu. Yela, sekarang ni masyarakat MI (Melayu-Islam), mereka akan celebrate besday based on tarikh masihi, bukan hijri, termasuk ak! kui3 :)

Ok, ada sebahagian lagi masih tertanya2, "Adakah merai'kan Tahun Baru Islam itu sesuatu yang dibolehkan dalam Islam atau ianya termasuk di antara bentuk penyerupaan terhadap kaum lain??". Ok, nanti ak kongsikan pandangan Ulama' Syeikh Muhammad bin Salih Al-’Utsaimin tentang ni. 

Jelas2, menyerupai kaum lain itu bertentangan dengan Islam,kan?? 

Rasulullah SAW pernah bersabda “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dalam golongan mereka”. [Diriwayatkan daripada beberapa org sahabat, antaranya: Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.]

Menurut DR MAZA, penafsiran hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

Berbalik kepada persoalan tadi, 

Adakah dibolehkan untuk merai'kan Tahun Baru?

Persoalannya, kalau ada kenalan kita yang mengucapkan serta mendoa'kan pada tarikh tersebut, cmna???


Ulama' Sheikh Muhammad Ibn Salih Ibnu Uthaymeen memberikan keterangan:
Jika seseorang mengucapkan selamat, maka jawablah, akan tetapi jangan kita yang memulai. Inilah pandangan yang benar tentang hal ini. Oleh itu, jika seseorang berkata pada anda misalnya:”Selamat tahun baru!,anda boleh menjawab,“Semoga Allah menjadikan kebaikan dan keberkatan di tahun ini kepada anda”. Tetapi jangan anda yang mulai, kerana saya tidak tahu adanya atsar salaf yang saling mengucapkan selamat hari raya. Bahkan Salaf tidak menganggap 1 muharam sebagai awal tahun baru sampailah pada zaman Umar bin Khattab RA.

Siapa Sheikh Muhammad Ibn Salih Ibnu Uthaymeen?? [Wafat pada 10Jan 2001]

                                        Salah satu tokoh2 besar Wahabi


Oleh itu, Kesimpulannya, ra'ikan dengan DOA'. Bukan PARTY :)

Glosari:

Salaf: Generasi pertama dan terbaik dari kalangan umat Islam, yang terdiri dari Rasulullah SAW, para sahabat, Tabi`in, Tabi` at-Tabi`in, dan para pengikut mereka yang terdiri daripada para ahli Hadith, imam-imam yang membawa petunjuk pada tiga kurun pertama yang dimuliakan oleh Allah 

Hijri: Tahun2 Islam seperti, Muharam, Safar & sampai penghujung tahun Zulkaedah.

Masihi: Tahun2 Miladi seperti Jan,Feb &sampai penghujung tahun Dec.

Wassalam.

Harap maaf andai ada yang terguris melalui penulisan saya.

Jika ada kesilapan dalam penulisan ini, mohon ditegur melalui "comment" di bawah.

Terima kasih. Muga bermanfaat.  

Ok, seperti biasa


LOSE WEIGHT

GAIN WEIGHT

IMPROVE HEALTH

EARN EXTRA INCOME

017-799 9290   


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...