Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Kisah-kisah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah-kisah Nabi. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

D'sebalik Ke "Masam" an Limau,,Kerendahan Hati D'zahirkan..

Ya Rasulullah..
Akhlakmu mempesona.. 
Budi Pekertimu tinggi menggunung..
Kerendaham hatimu memikat d'hati..
Kisah ini mudah2an memberikan tauladan & uswah hasanah buat kita semua..

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan :

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Sumber : razzy.com

Hebatkan sahabat2 akhlak Rasulullah??..
Agak2nya kalau kita??..
Ada orang nak menganiaya kita?
Kita tau x?.. ;)

Sunday, February 13, 2011

Kisah Seorang Pencuri & Abid.. Semoga M'beri Pengajaran & Penambahbaikan Diri buat kita semua,InsyaAllah..


Di zaman Nabi Musa `alahi salam ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa `alahi salam sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa `alahi salam. Katanya; “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”


Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa `alahi salam dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”


Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”


Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa `alahi salam.


Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.


Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.


Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.


Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” (Riwayat Muslim)

Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com

Sunday, January 30, 2011

Bermulanya Sejarah Islam..

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zam2 dan yang paling penting sekali Ka'bah.

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Umaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin.
Selepas ini kita belajar tentang Khulafa' Al-Rasyidin ya..

Friday, December 3, 2010

Perbualan Nabi SAW Dengan Iblis Laknatullah !


Soalan Nabi s.a.w : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak
hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba
dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas
pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang
dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil
air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis!Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"

Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya
dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang
belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan
punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"

Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"

Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".

Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya
: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai
jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba
jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah
di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu !Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1.Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Wednesday, December 1, 2010

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW..





Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan ......

1) Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA TERHADAP KEDUA IBUBAPANYA.
2)Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDHUKNYA YANG SEMPURNA.
3)Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis Laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T.
4)Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari siksaan itu.
5)Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH .S.W.T. memberi minum hingga ia puas.
6)Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil berkumpul seraya duduk di sebelah ku.
7)Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8)Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9)Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya tersebut

Kisah Nabi Musa A.S & Kisah Si Anak B'bakti Kepada 2 Ekor Khinzir..


Nabi Musa a.s adalah satu-satunya Nabi yang dapat secara langsung bercakap dengan Allah SWT.Setiap kali dia akan bermunajat,ia akan naik ke atas bukit Tursia.Di atas bukit itulah ia berkata-kata dengan Allah.Nabi Musa a.s sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.Inilah kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kepada nabi-nabi lain.

Pada suatu hari Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah,Siapakah orang yang akan menjadi jiran ku di syurga nanti?" Maka Allah SWT pun menjawab dengan menyebut nama orang tersebut,kampungnya serta tempat tinggalnya.Setelah mendengar jawapan dari Allah SWT,maka Nabi Musa a.s turun dari bukit Tursia dan terus berjalan ke tempat yang telah di katakan oleh Allah SWT itu.


Setelah beberapa hari dalam perjalanan,akhirnya sampailah Nabi Musa a.s ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di kampung itu,Nabi Musa a.s berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam,beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Yang menghairankan Nabi Musa a.s tuan rumah tersebut tidak melayannya.Dia terus masuk ke dalam kamar dan melakukan suatu pekerjaan.Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.Babi itu didukungnya dengan penuh berhati-hati.Nabi Musa a.s terkejut melihatnya.Dalam hatinya penuh kehairanan serta tertanya : "Apa yang dilakukan oleh pemuda ini?"


Babi itu dibersihkan dan dimandikan.Setelah itu dilapnya dengan kain sehingga kering,lalu dipeluk dan dicium kemudian dihantarnya semula ke dalam kamar.Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar.Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan,kemudian dilap sehingga kering,lalu dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang.Lalu babi jantan itu dihantar pula ke dalam kamar.


Setelah ia menyelesaikan pekerjaanya itu,barulah ia melayani Nabi Musa a.s.Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepadanya : "Wahai saudara,apa agama mu?".

Pemuda itu menjawab : "Aku beragama Tauhid".
"Tetapi mengapa kamu memelihara babi,sesungguhnya kita tidak boleh berbuat demikian" Kata Nabi Musa a.s

Pemuda itu lalu bercerita : "Wahai tuan hamba,sebenarnya kedua ekor babi itu adalah ayah dan ibu kandungku.Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar,Allah SWT telah menukarkan rupa mereka menjadi babi sebagaimana yang tuan hamba lihat tadi.Soal dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka berdua.Sedangkan aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak.Setiap hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sebagaimana yang tuan hamba saksikan tadi.Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,aku tetap melaksanakan tugas ku.


Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar mereka mendapat keampunan dari-Nya.Aku bermohon supaya Allah SWT menukarkan kembali wajah keduanya menjadi manusia sebagaimana dahulu,akan tetapi sehingga saat ini Allah SWT masih belum mengabulkan doa itu”.Kata pemuda itu.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s . “Wahai Musa,inilah orang yang akan berjiran dengan mu di dalam syurga nanti,kerana pengabdiannya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.Walaupun kedua orang tuanya sudah berubah dengan rupa babi,namun dia masih tetap berbakti.Oleh kerana itu,aku naikkan darjatnya sebagai anak yang soleh di sisi-Ku”.
Allah juga berfirman yang maksudnya : “Justeru dia telah Kami angkatkan darjatnya menjadi anak yang soleh di sisi Kami,maka Kami angkat doanya.Pada mulanya tempat kedua orang tuanya di dalam neraka,maka telah Kami tukar ke dalam syurga”.
Itulah berkat bakti dan doa anak yang soleh.Doa anak yang soleh akan dapat menebus dosa ibu bapanya yang akan masuk ke dalam neraka dipindah ke syurga.Walaupun sampai ke tahap rupa ayah dan ibunya seperti babi.

Oleh kerana itu,bagaimana buruk sekali pun perangai ke dua orang tua kita,itu bukanlah urusan kita,urusan kita adalah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga dan menyayangi pada waktu kita masih kecil.
Walaupun sebanyakmana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukanlah urusan kita,urusan kita ia memohon ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita mendapat keampunan serta taufiq dan hidayah daripada-Nya.

Sesungguhnya doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik diakhirat,dan doa anak yang soleh itu pula sering di nantikan oleh para ibu bapa ketika mereka di alam Barzah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...