Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Sunday, September 30, 2012

Riak VS Ikhlas


Bismillah....

Assalamua'laikum....

Allahumma Solli 'ala Muhammad.....

Alhamduliilah atas segala2nya untuk hari ini & sebelumnya & akan datang.....

OK!!


---------------------------------Loading--------------------------------------------



Sebenarnya, nak cerita pasal RIAK vs IKHLAS.



RIAK? 

Pernah nampak x orang RIAK camne? OR anda sendiri pernah RIAK? Haha! Siapa terasa, padan muka Oii! Hewhew!..



RIAK ni maksudnya "MENUNJUK". Dalam ilmu tasawuf, RIAK ini ialah mencari2 pujian pada pandangan mata manusia dengan menunjukkan ibadahnya. Boleh diertikan sebagai, nak  manusia pandang dia ni BAGUS, RAJIN beribadah dan niatnya bukan kerana ALLAH.


Ak tau, bukan senang nak buat ibadah niat kerana Allah. Tapi, PAKSA DIRI, PERCAYA pada diri, aku buat ibadah kerana ALLAH. Yela, kalau buat ibadah kerana nak pujian manusia semata2, apa yang korang dapat untuk akhirat nanti??? Yg anda dapat hanya penat & lelah di dunia, azab dan padah di akhir sana. Tu yang xSyok.



Ak list'n contoh2 RIAK di zaman kontemporari/ known as zaman moden! :

1) RIAK dengan menzahirkan bentuk badan yang kurus bagi menggambarkan dia rajin berpuasa. Haha. Ada ke manusia cmni korg jumpa?

2) RIAK dengan kata2, seperti yang disulami dengan ayat2 al-Quran, hadis, dan kalam ulama' agar diketahui oleh orang ramai bahawa dia banyak menghafaz Al-Quran.

3) RIAK dengan pakaian seperti memakai jubah dan serban ketika solat di masjid. Sebaliknya ketika di rumah, Xpakai baju pun nak solat, sekadar menutup yang wajib sahaja. TETAPI, jika anda berpakaian menurut etika pakaian yang sesuai, ia tidak dianggap RIAK.

4) RIAK dengan sentiasa memegang biji tasbih agar dipuji bahawa dia rajin sangat berzikir.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PESANAN:

Jika anda tersedar bahawa apa2 kebaikan yang anda nak buat, terlintas di hati anda " mahu dipandang/dipuji manusia", LANGKAH  TERBAIK -----> ISTIGHFAR. Syaitan bijak memperdaya, manusia mudah diperdaya!

Mari sama2 perhatikan, sama ada kita tergolong dalam kalangan RIAK/ IKHLAS.

1) Malas beribadah apabila keseorangan, tetapi rajin apabila beramai2.

2) Menambah2 amalan apabila dipuji, Berkurang2 amalan apabila tidak dipuji.

3) Amalan di hadapan orang lebih banyak dan lebih tertib, apabila keseorangan, sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

4) Segera melakukan ibadah ketika bersama orang lain, sebaliknya bermalas-malasan ketika keseorangan.


Keharaman riak ini jelas dalam firman Allah:

الًّذينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ 
الَّذينَ هُمْ يُرَآءُونَ

Maksudnya: Maka CELAKALAH (neraka wail) bagi orang yang bersolat, iaitu bagi mereka yang lalai dari solat dan mereka yang RIAK.



Ad orang tanya, " Habis tu camna nak elak hati dari sifat RIAK??"

Meh sini, ak tunjukkan cara bagimu mudah nak membuat kebaikan tanpa RIAK:

1) Tanamkan kefahaman kejelekan dan keburukan RIAK.

2) Biasakan diri anda menyembunyikan amal ibadah yang wajar disembunyikan.

3) Yakinkan diri kemurkaan Allah bagi orang yang RIAK.

4) Tidak mengharapkan pangkat dan kedudukan pada pandangan manusia dengan ibadah.



KESIMPULANNYA.............


JANGAN tinggalkan amalan baik kerana takut RIAK. Sebaliknya hendaklah cuba IKHLAS kan diri. Saya akui, bicara IKHLAS dan RIAK amat susah dihayati kerana ia adalah rahsia hati manusia.

Macam mana nak IKHLAS kan diri??

PAKSA DIRI buat banyak kebaikan, endahkan segala LINTASAN HATI yang kadang2 nak menunjukkan pada manusia aku rajin solat, puasa sunat, infaq, dan sebagainya. LAMA2 anda akan terbiasa & bisa mengIKHLASkan hati. Insya'ALLAH.



SEMOGA BERMANFAAT 

Sumber: Buku Tasawuf Kontemporari

Penulis: Ustaz Mohammad Nidzam Abd Kadir









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...