Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Monday, January 31, 2011

Sisipan Langsung Demokrasi : N5 Tenang,Segamat


Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Ikuti sisipan langsung pengundian Dun Tenang..

8.00am: Peti undi dibuka.

8.02am: Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

8.15am: Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.




Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.40am: Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

8.50am: Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.55am: Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.55am: Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

Dengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

9.25am: Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

9.30am: Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.




9.40am: Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

9.55am: Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

10.05am: Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.


10.20am: Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.
"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.
Kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.

10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi. 


10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

Anggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ

11.00am: Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.


11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi. 

11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah. 

11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.
"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.
"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin. 

Normala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.

Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".
Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian. 


11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.36am: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.
Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.
  
11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.

12.09pm Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.

"Harap ia tidak berlaku lagi," tulisnya di laman Twitter.

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini. 
  
12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus. 

12.48pm: Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.  

1.12pm: Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am.”

1.20pm Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.

Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.

1.32pm: DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. [Baca berita penuh] 

1.42pm: Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

2.26pm: DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah. 

2.37pm: Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.45pm: Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.

Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.

2.55pm: Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini.

Sekolah berkenaan hanya di sebelah SMK Kamarul Ariffin.

Petugas BN cuba membawa trak ke institut itu bagi membawa Muhyiddin beredar.

3.40pm: Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi. 

4.02pm: Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.

Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita theSun.

4.00pm: Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat

4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.
4.30pm: PAS mendesak SPR menangguhkan pengundian bagi pilihan raya kecil Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan akibat banjir.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, berkata, ada juga di kalangan pengundi takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran kejadian itu, lapor Harakahdaily.

5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.

5.40pm: Jurucakap SPR berkata kotak undi akan dibawa ke pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.
Keputusannya dijangka diumumkan jam 8 malam ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman. 

8.00pm: Sebanyak 67 peratus atau 9,833 pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hari ini.Sebanyak 142 undi rosak. 


Keputusan: Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi. Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.






Sunday, January 30, 2011

Khulafa' Al-Rasyidin..

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Umaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
  • Saidina Abu Bakar RA, 632-634 M
  • Saidina Umar Al-Khattab RA (634-644M) 
  • Saidina Uthman Affan, 644-656 M
  • Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M
Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah

Sebelum2 ini kita ada dengar dengar Hassan b. Ali dan Khalifah Umar b. Abdul Aziz  sering dikaitkan dengan Khulafa' Al-Rasyidin.Tapi,hakikatnya mereka ini bukan terdiri daripada Khulafa' Al-Rasyidin.Nak tau siapa mereka???.. Saya akan sertakan serba sedikit background siapakah mereka ini.

Hassan b. Ali

Merupakan anak kepada Saidina Ali Ra & Cucu Rasulullah SAW.Setelah ayahnya, Saidina Ali RA, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun tampuk pemerintahannya sudah diambil Muawiyyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyyah kemudiannya memulakan zaman Umaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

Khalifah Umar b. Abdul Aziz

Beliau memang seorang khalifah pada zaman Umaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasyidin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І Saidina Ummar Al-Khattab RA dari segi sikap tegas tetapi adil dan keamanan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir,punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hasan b. Ali dan di salah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.

Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah

  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad SAW & Saidina Abu Bakar RA dilantik menjadi khalifah.Usamah b. Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah Al-Kazzab
  • 633M- Pengumpulan Al-Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Ummar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid
  • 636M- Penaklukan Syria,Mesopotamia.Palestin
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan BaitulMaqdis oleh tentera Islam
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanidditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh.Saidina Ali RA dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijjaz dan Yaman daripada Muawiyyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dan lain2
  • Lepas ni kita sambung tentang kisah2 tiap2 khalifah Al-Rasyidin  ya!

Bermulanya Sejarah Islam..

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zam2 dan yang paling penting sekali Ka'bah.

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Umaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin.
Selepas ini kita belajar tentang Khulafa' Al-Rasyidin ya..

Saturday, January 29, 2011

Kemanisan B'ibadah KepadaNYA : Menangis ...

Sheikh itu menangis kepada Allah swt dalam sujudnya, mengharapkan agar Allah mengampunkan dosa-dosanya..


"Sheikh, ketika anda membaca al Quran, saya dapat rasakan bahawa anda sangat memahaminya. Kadang-kadang anda akan ulang suatu ayat tu berulang-ulang kali, kadang-kadang juga anda akan menangis-nangis. Walaupun saya faham maksud ayat tersebut, saya tak dapat menangis macam anda menangis. Lalu saya rasa anda bukan sahaja memahami maksudnya, tetapi anda FAHAM maksudnya. Macam manakah caranya saya nak menjadi macam mereka yang memahami?"

Dia menjawab, "Caranya ada banyak:

1. Siapkan Mental Semaksimumnya dengan Bersolat Sunat Sebelum Solat Fardu.
Sediakan hati anda sebelum menunaikan solat. Contohnya sebelum solat Isya, solat dua rakaat dahulu untuk pastikan hati anda merasai ruh al Quran sebelum bersolat yang fardu.

2. Selalu Membaca al Quran
a. Apabila anda membaca suatu ayat, bacanya berulang kali - cuba fahami sedalam-dalamnya ayat tersebut.
b. Berhubunglah dengan al Quran, satu juz satu hari, supaya anda boleh mengkhatamkan bacaan al Quran dalam satu bulan, dengan kerap kali mambacanya.

3. Baca tafsir al Quran
a. Jika menyedari terdapat ayat yang anda tidak fahami ketika membaca al Quran, terus pergi mencari tafsirnya. Kemudian, baca kembali ayat tersebut dengan dengan ilmu yang baru diperolehi, tentang bagaimana ia diturunkan, mengapa ia diturunkan, bila ia diturunkan, suasana ketika ayat itu diturunkan, kemudian cuba berfikir: Adakah aku sudah memahaminya sekarang?

4. Menyedari Allah swt memanggil ANDA
a. Bayangkan suasana ketika al Quran diturunkan kepada para sahabat. Merekalah yang telah menyaksikan proses penurunan al Quran tersebut! Mereka tahu sebab penurunan setiap ayat; mereka juga sedar bahawa ayat al Quran tersebut diturunkan untuk DIRI MEREKA. Bayangkan bagaimana para sahabat ra yang kemudiannya terkesan dengannya, ketika mereka tahu bahawa ketika al Quran itu diturunkan kepada mereka, al Quran itu jugalah yang sedang memanggil diri mereka.
b. Ketahuilah bahawa: Allah swt sedang memanggil anda! Contohnya, bayangkan anda mendengar surah al Hujurat:

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
[al Hujurat, 49:1]. 

Anda sepatutnya bayangkan, akulah salah seorang daripada mereka yang beriman. Apa yang Allah mahukan daripada AKU? Apakah yang Allah, yang maha Mengasihani itu, minta daripada aku?

5. Merasakan ayat tersebut Hidup
a. Ketika anda membaca ayat tentang syurga, bayangkan anda sedang DUDUK di dalam syurga, sambil melihat buah-buahan syurga, melihat warga-warga syurga serta menghidu wangi-wangian syurga.
b. Ketika anda membaca ayat tentang neraka, bayangkan dapur rumah anda, bayangkan betapa panasnya ketika anda berada sangat dekat dengan dapur tersebut ketika apinya menyala. Bayangkan betapa panasnya jika anda memegang api tersebut - tak tertahan sehinggakan muka anda juga sudah tak tahan merasai habanya. Itu hanya api dunia! Bayangkan api neraka! Bagaimanakah pula panasnya api Neraka nanti?

6. Doa: Sangat Penting
a. Allah swt lah satu-satunya yang dapat memberikan kefahaman yang anda inginkan. Anda tak akan mampu mendapatnya kecualilah jika Allah mahukannya. Jadi, ketika anda sujud, ketika anda berada antara tangan-Nya swt, mintalah beribu-ribu doa: "Ya Allah! Engkaulah yang Maha Pembuka! Bukakanlah kefahaman ini untukku, bukakanlah kefahaman terhadap al Quran untukku."

7. Qiamullail
a. Baca ayat tersebut sambil berfikir tentangnya. Baca ayat itu banyak dan berulang-ulang kali sambil berfikir dan merenungi ayat tersebut. Nabi saw pernah membaca hanya satu ayat berulang-ulang kali, sambil menangis kerana Allah swt.
b. Bacaan dan penghayatan terhadap ayat tersebutlah yang akan menggerakkan hati anda.

8. Kurangkan dosa dan maksiat kepada Allah swt
a. Raan (titik hitam akibat dosa dan amal jahat) merupakan penghalang daripada merasai dan memahami al Quran. Titik inilah yang mencipta penghadang kepada hati: 

"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." 
[al Muthaffifin, 83:14]

b. Ini menjadikan ketika anda mendengar sesuatu ayat yang hebat dan kuat, namun anda tidak terkesan dengannya kerana pada hati anda terdapat penghadang ini. Anda perlu mengurangkan dosa yang anda lakukan supaya hati anda terkesan semula dengan al Quran.

9. Kerap kali mendengar al Quran
a. Apabila anda mendengar al Quran, fikirkan - mengapa qari tersebut membaca sesuatu ayat itu berulang-ulang? Mengapa dia menangis ketika membaca sesuatu ayat? Dengar dan fikirkan mengapa qari tersebut membaca sedemikian rupa.

10. Letakkan Pengharapan kepada Allah swt
a. Allah swt TIDAK AKAN meninggalkan aku keseorangan.
b. Sedarlah bahawa Allah swt tidak akan membiarkan anda apabila anda memohon kepada-Nya. Berdoalah kepada-Nya! Berharaplah bahawa dia swt akan memakbulkan doa anda!
c. Berdoalah: "Ya Allah! Siapalah diriku ini? Siapalah diriku ini melainkan hamba yang berdosa dan bermaksiat? Maha suci Engkau! Engkaulah Pemilik Pengampunan! Ya Allah, bukakanlah pintu kefahaman kepadaku! Hanya Engkaulah yang memberikan kefahaman!"
d. KETAHUILAH bahawa dia akan memakbulkan permintaan anda dan dia tidak akan meninggalkan anda.

5000 Warga Inggeris Masuk Islam Setiap Tahun!


Jumlah warga Inggeris yang memilih untuk menjadi Muslim telah naik hampir dua lipat kali ganda,menurut salah satu penelitian & penyelidikan yang paling komprehensif untuk membilang berapa ramai orang yang memeluk Islam.

Setelah penyebaran global kekerasan atas nama Islam, Muslim Inggris menghadapi pengawasan, kritik dan kecaman lebih daripada komuniti agama lain. Namun, meskipun penggambaraan yang lebih  negatif tentang Islam, ribuan warga Inggris yang memasuki agama Islam meningkat setiap tahunnya.SubhanaAllah.

Perkiraan sebelumnya telah menempatkan jumlah Muslim mualaf di Inggris di antara 14000 hingga 25000.
Namun penelitian terbaru menunjukkan angka yang sebenarnya boleh mencapai 100000, dengan angka 5000 warga Inggris masuk Islam secara langsung setiap tahunnya.

Peneliti yang mensurvey masjid di London mencuba untuk menghitung berapa banyak kontroversi terjadi yang berlangsung dalam setahun.
Hasilnya memberikan angka 1400 kontroversi di ibu kota dalam 12 bulan terakhir di mana hal itu bererti ada sekitar 5200 orang yang masuk Islam setiap tahunnya. Angka-angka tersebut sebanding dengan penelitian di Jerman dan Perancis yang menemukan bahwa ada sekitar 4000 orang yang masuk Islam dalam setahun.

Menjadi pertanyaan mengapa ramai orang masuk Islam dalam jumlah besar, dia menjawab: "Saya pikir pasti ada hubungan antara peningkatan jumlah orang yang masuk Islam dan keunggulan Islam dalam domain publik. Orang-orang tertarik untuk mencari tahu apa itu Islam dan ketika mereka melakukan itu mereka pergi ke arah yang berbeza. Kebanyakan mengangkat bahu mereka dan kembali ke kehidupan mereka tetapi beberapa orang pasti akan berakhir dengan menyukai apa yang mereka temukan dan mereka akan mengkontroversi diri dengan masuk Islam. " (fq/independent)

Islam Pilihan Terbaik Untuk Tunisia Baru..

Islam adalah jalan terbaik untuk revolusi Tunisia dan seluruh dunia Arab dan Muslim, bukan metode yang ditentukan oleh Barat, seorang aktivis mengatakan bahawa:
"Kami mengatakan bahwa hanya Islam akan membawa perdamaian dan ketenangan dan kebebasan untuk rakyat kami, bukan sekularisme, bukan kediktatoran, bukan lagi ideologi sekuler lain yang didukung oleh Barat," kata Osman Bakach dari Parti Pembebasan.


"Umat Muslim sudah muak dengan rezim-rezim diktator dan kami tidak akan berhenti sampai Islam dan hanya Islam kembali berkuasa," tambahnya dalam sebuah wawancara dengan Press TV.


Bakach menunjukkan partinya ingin massa menyedari plot yang kini sedang direncanakan oleh intelijen keamanan di Aljazair, Mesir, Yordania dan Arab Saudi dengan bantuan Amerika dan Perancis untuk menyabotase, merusak dan mencuri buah dari hasil revolusi ini. "


"Meskipun rezim [mantan Tunisia] tergantung melalui perdana menteri sekarang, faktanya tetap bahwa revolusi ini telah berhasil menumbangkan diktator Ben Ali dan dengan demikian memberi harapan ke seluruh wilayah bahwa ini adalah jalan bagi pembebasan," 


Mantan Presiden Tunisia Ben Ali yang berkuasa 23-tahun berakhir setelah berminggu-minggu protes jalanan memuncak dalam kemenangan sebuah revolusi rakyat. Pada era kekuasaannya dirosak oleh pelbagai pelanggaran hak asasi manusia dan  penyeksaan.
Lebih dari 100 orang telah ditewas'n dalam berminggu-minggu kerusuhan yang melanda negara Afrika Utara tersebut.(fq/prtv)

Thursday, January 27, 2011

Ilmu Penyuluh Cahaya Kehidupan .....


Lebih fokus kepada permasalahan wanita masa kini....

Cinta?? Fitrah Insani.. Mahu M'cintai & D'cintai.. Tp?? Kalau ingin D'cintai?? Belajar la m'cintai dulu!.. Cintai siapa??  ALLAH yg utama ya!.. Ingat tu! =)

Saya suka baca buku ni... Pengisian yg menarik... Ia b'kaitan dgn apa yg kita alami d'skliling kita... Nk tau selanjutnya ?? Baca2!


Hadis2 Nabi Saw ... Boleh D'amalkn & D'pelajari ... Biar org gelak'n kita kalau kita b'tnya tntg sesuatu yg kita Xtahu.B'banding Org gelak'n kita kalau kita JAHIL SELAMANYA.. Smpai bila mahu JAHIL dlm bidg agama sedg'n anda seorg muslim??..Baca sebrpa byk mgkin ilmu2 Allah ni.. Anda Xrugi pOm!..



Buku ni actually lebih byk membahaskn tentang cara utk kita m'perbaiki kehidupan kita as seorg da'ie,wanita muslimah,anak2.. Bla2.. Best la.. Byk crita tntg pnglmn & khdupn pnulis & sekeluarga... boleh d'jadikn ikutan utk msa hdpn dlm m'didik anak2 yg soleh & solehah,InsyaAllah =)
 
Kitab ni paling b'manfaat buat sya yg memang nk sgt2 jd seorg da'ie muslimah yg sentiasa rindu'n ketemu Yg Maha Esa =) InsyaAllah,Mudah2an.. Ni kitab hadis yg d'karang oleh Imam Nawawi... Tau kn sapa Imam Nawawi?? Beliau adalah anak murid kpd Imam Syafi'ie.. Byk lg kitab2 Imam Nawawi.. Pelbagai hadis2 yg b'kaitan dgn fiqh,aqidah,& sebagainya.. Bacalah! itulah juga perintah Allah yg d'gariskn dlm Al-Quran..



Buku ni actually pengubat kesedihan saya setelah *****........
Alhamdulillah.. Ianya amat b'makna buat saya.. Kalau kita b'gantung sepenuhnya kepada Allah?? InsyaAllah d'permudahkan & d'hilang'n sgala kesedihan.. Anda akan rasai sendiri kemanisannya.. Selamat B'jaya & Perbaharui niat anda keranaNYA.. InsyaAllah..

Byk lagi sebenarnya, *RAJIN* nak update buku2 t'baru yang lain! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...