Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Sunday, January 30, 2011

Khulafa' Al-Rasyidin..

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Umaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
  • Saidina Abu Bakar RA, 632-634 M
  • Saidina Umar Al-Khattab RA (634-644M) 
  • Saidina Uthman Affan, 644-656 M
  • Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M
Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah

Sebelum2 ini kita ada dengar dengar Hassan b. Ali dan Khalifah Umar b. Abdul Aziz  sering dikaitkan dengan Khulafa' Al-Rasyidin.Tapi,hakikatnya mereka ini bukan terdiri daripada Khulafa' Al-Rasyidin.Nak tau siapa mereka???.. Saya akan sertakan serba sedikit background siapakah mereka ini.

Hassan b. Ali

Merupakan anak kepada Saidina Ali Ra & Cucu Rasulullah SAW.Setelah ayahnya, Saidina Ali RA, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun tampuk pemerintahannya sudah diambil Muawiyyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyyah kemudiannya memulakan zaman Umaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

Khalifah Umar b. Abdul Aziz

Beliau memang seorang khalifah pada zaman Umaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasyidin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І Saidina Ummar Al-Khattab RA dari segi sikap tegas tetapi adil dan keamanan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir,punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hasan b. Ali dan di salah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.

Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah

  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad SAW & Saidina Abu Bakar RA dilantik menjadi khalifah.Usamah b. Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah Al-Kazzab
  • 633M- Pengumpulan Al-Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Ummar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid
  • 636M- Penaklukan Syria,Mesopotamia.Palestin
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan BaitulMaqdis oleh tentera Islam
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanidditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh.Saidina Ali RA dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijjaz dan Yaman daripada Muawiyyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dan lain2
  • Lepas ni kita sambung tentang kisah2 tiap2 khalifah Al-Rasyidin  ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...