Fill up this form! ;)

Name:
Facebook/Twitter Email Address:
State
Phone Number
Interested to: Lose Weight
Gain Weight
Healthy Breakfast
Improve Health
Earn Extra Income

Click here to put a form like this on your site.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Tuesday, November 30, 2010

Rasulullah Menangis D'Padang Mahsyar

<< Cantiknya Wanita Berjilbab Dihiasi Dengan Akhlak2 Yang Baik >>

 
1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab (tudung)???sebab...DIA AKAN TUTUP AURAT

2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAK AKAN TUNJUKKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

 
5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA ANAK SOLEHAH

6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

 
7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIHAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DAHSYAT DEKAT AKHIRAT KELAK.



 
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,



“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].



Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,



“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”


Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,



“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Tidur Di Siang Hari?.. Kalau T'tidur juga cmna?..


Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“Berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

Ketiga;

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

Keempat:

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

Kelima:

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“Sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”

<< Jangan Meremehkan Sedekah Orang >> Moga m'jadi pengajaran buat kita..


Dari Abu Mas’ud r.a katanya: “Kami diperintah Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: “Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat: “(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.”

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لا يَجِدُونَ إِلا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٧٩)
79. Orang-orang (munafik) Yang mencela sebahagian dari orang-orang Yang beriman mengenai sedekah-sedekah Yang mereka berikan Dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang Yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
(at-Taubah:79)

Penerangan :
Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki. Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata. Tetapi keislaman itu diukur pada orang yang paling IKHLAS dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.

Da'ie2??..Ingat senang ke nk jd da'ie?..



Alhamdulillah..
B'syukur atas segala nikmatMu Ya Allah..
Walaupun ak mengakui diriku memang Xsmpurna di hadapanMu..
Dikelilingi dengan pelbagai dosa2 lampau..
Tp Ya Allah!
Ak Mohon Kau Tutuplah segala 'aibku di hadapan makhlukMu yg lain..
Biarla ia menjadi rahsia antaraku & Kau Ya Allah..

Da'ie??
Muslimah??..
Apa kaitannya?..
haha>>

Jgn ingat semudah petik daun d'pokok untuk menjadi seorg da'ie!
Ak tau..Diriku bukan sehebat pejuang2 islam yg t'dahulu dalam menyebarkan dakwah!
Tp?
Akan ku b'usaha utk menjadi seorg da'ie yg terbaik walau pelbagai dugaan & cabaran ak lalui..
Walau pelbagai cemuhan &  sindiran ak terima..
Walau org d'sekeliling mencabar kewibawaanku sbgai seorg wanita!

Memang wanita skrg mudah menangis..
Sensitif! Penuh Emosi!
Ak mengakui diriku juga begitu..
Tp??
Yg Ak harapkan ialah " Dapat mentarbiyyah adik2ku ke arah JalanMu Ya Allah "

Bukan mudah nk mentarbiyyah saudara sendiri..
Kerana mereka adalah darah daging kita sndiri..
Sering ketemu..Sering bergurau senda..
Tp?
Ingatlah!
Bagaimana Rasulullah menggunakan pendekatan dakwahnya..
Ak Xsekuat Rasulullah..
Tp?
Ak mencuba yg t'bek utk b'dakwah dgn keluargaku dahulu sebelum b'dakwah dgn org lain!

Mudah2an dipermudahkan segalanya..
Ya Allah,Ak Mohon..

اللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمُرِي آخِره,وخَيْرَ عَمَلي خوَاتِمَه,وخير أَيَّامِي يَوْمَ لِقَائك
Kau jadikanlah sebaik2 kesudahan utk seluruh sisa2 umurku di dunia,Amalan2ku sepanjang di dunia,dan seluruh hari2 ku  lalui sebagai khalifahMu sehingga aku bertemu dgnMu kelak..
Amin..

<<Khas utk srikandi2 da'ie>>

Pejuang.....
Dalam pejuang,tidak semuanya berilmu.
Dalam pejuang yang berilmu sikit yang beramal.
Dalam pejuang yang beramal,lebih sikit yang ikhlas.
Dalam pejuang yang ikhlas terlalu sikit yang istiqamah.

Wahai sahabat,perjuangan bukanlah kita menjatuhkan hukum pada seseorang tetapi menjadikan tidak tahu kepada tahu,dari tahu menjadi beramal,dari beramal jadi ikhlas dalam amalan,dari ikhlas dalam amalan maka istiqamah dalam amalan.

Monday, November 29, 2010

<< Lelaki2??..Knp la Kamu Sukar Nak Mintak Maaf ya??!! >>


 
"Kalau saya yg buat salah,saya akan minta maaf dahulu.Kalau "Si dia" ( Xkisah la sapa2 yg terasa) buat salah,t'kadang dia minta maaf,t'kadang?Langsung tak!!..Kadang2 dia buat lawak lagi adalah utk menutup kesalahan dia tu.Sabar Jela,kn3??..
Kenapa la Laki2 ni susah sgt nk melafazkan "MAAF" ya?" Luahan hati saya! Heheeeee =)))

Benarkah Lelaki Sukar Mintak Maaf??


Sedikit Informasi mengenai mekanisme otal laki & wanita apabila menghadapi isu salah siapa.Kebanyakan lelaki berkonsepkan "MONOTREK",kurang menggunakan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tengah bahagian otak.Binaan ini bertujuan supaya orang lelaki fokus mindanya kepada perkara2 luaran.Agar lelaki cepat mengubah sekeliling dan menerokai alam luas.Cepat menyalahkan orang lain,perkara lain dan persekitaran untuk membaiki sesuatu isu atau rintangan.

Fokus Kepada Hubungan Interpersonal { Individu }

Orang Perempuan kebanyakannya "MULTITREK" dan minda mereka fokus kepada hubungan interpersonal, maka banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi.Perempuan akan cepat menyalahkan dirinya apabila timbul sesuatu isu agar dapat bersedia untuk menjaga hubungan dengan orang lain.Dengan ini perempuan mudah diri sendiri berbanding lelaki.

Lelaki Kelihatan ego kerana tidak mahu menyalahkan diri sendiri.Tetapi hakikatnya,binaan atau litar mindanya tidak berkait dengan emosi dan dalaman dirinya.Ini membolehkan lelaki cepat bertindak "menyerang musuh" semasa sedang berjuang berperang di lapangan.Kalau binaan lelaki juga sama seperti perempuan,tidak adalah kejayaan tentera melawan musuh kerana asyik berperasaan salah diri sendiri daripada menyalahkan musuh.

Oleh itu,kita pintar jika kita tahu bagaimana menguruskan lelaki yang sedang menghadapi kesalahan.Jika lelaki membuat silap,pada peringkat awalnya mereka tidak akan mengakui kesilapan diri.Mereka akan mencari kesalahan orang lain.Ini mekanisme awal yang terjadi secara spontan kerana binaan itu.

Contohnya,suami balik dari kerja,tersepak cawan yang ditinggalkan oleh anaknya di tepi pintu.Maka marahlah dia kerana tidak simpan cawan itu selepas digunakan.Petangnya pula,dia pula yang minum di tepi pintu dan bangun ke halaman rumah.Apabila dia kembali terlupa dan tersepak cawan itu dia pasti akan memarahi anak-anaknya kerana tidak cepat2 ambilkan cawan  yang dia minum tadi menyebabkan dia tersepak cawan.Lelaki ini akan mula memikirkan kesilapannya apabila jiwanya tenang dan ketika dia bersendirian..

Oleh itu!!
Buat Kaum Hawa!
" Jgn Sesekali Fokus terus kepada kesalahan dirinya,k! "

Khas Buat Kaum Adam Mencari Pasangan Srikandi Muslimah Solehah



  1. Elakkan dari berkawan dengannya
  2. Lakukan risikan secara rahsia 
  3. Cari yang duduk bersama kedua ibubapa 
  4.  Cari yang pandai urus rumahtangga
  5. Cari yang pandai jaga kehormatan 
  6. Cari yang menghormati kedua orangtua 
  7. Cari yang tidak bebas pergaulannya dengan lelaki 
  8. Cari yang didikan agamanya cukup 
  9. Cari yang berpegang teguh pada agama 
  10. Bertunang jangan lama
  11. Kahwininya ketika usia masih muda
  12. Elakkan terlalu bersikap cemburu
  13. Layan dia dengan baik 
  14. Bertanggungjawab            

<< Ciri-ciri Hati Yang Sihat >>



Pertama: Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua: Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga: Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat: Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima: Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam: Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh: Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.


Empat Jenis Racun Hati Yang Berbisa!

Pertama: Berlebihan dalam berbicara

Kedua: Berlebihan dalam memandang

Ketiga: Berlebihan dalam makan

Keempat: Berlebihan dalam bergaul

<< Alhamdulillah.. Habis Udah Semester 3 >>


Alhamdulillah..
 Cepatnya masa berlalu..
Rasanya baru nak masuk kuliah utk semester 3 ari tuh..
Hehe..

Cam2 dugaan + ujian + cabaran = Buat diriku rasa sgt b'tuah kerana melalui saat2 itu..
Bukan semua manusia ditimpa ujian dari Yg Maha Esa setiap detik2 masa yg diharunginya..

Perlu diingat sahabat2!!
Perjalanan masih jauh..
Ilmu perlu ditimba & dipertingkat tiap masa agar diri anda lebih mengetahui hakikat kehidupan duniawi & bekalan d'sana nanti..
Ilmu dibawa sampai ajal anda..
Teruskan berjuang,berjihad selagi hayat & peluang diberikan utk anda..
Menuntut ilmu suatu bentuk pengorbanan + jihad yg perlu ditempuh..

Memang Benar!!
Semakin kita menguasai & mendalami ilmu?
Semakin Banyak Lagi yg kita tak tahu..
Semakin kita Menjauhkan diri dari ilmu?
Semakin ceteknya rasa ilmu yg kita ada & tahu!

Pengalaman saya menuntut ilmu menyedarkan saya betapa ceteknya ilmu yg saya ada..
Belum cukup rasanya utk dibawa bekalan ke jeti akhirat!
Di mana perginya masa2 saya yg terbuang itu saya luangkan??
Ya Allah!
Andai aku boleh memutarkan kembali masa2 silamku?
Akan aku kaut & gali sedalamnya ilmu2Mu Ya Allah..
Tp??
Hakikatnya Xboleh..
Yg hanya mampu aku lakukan??
M'perbaiki & Mendalami sebyk mungkin IlmuMu Ya Allah..

Ak tahu,aku hambaMu yg cetek ilmunya!
Xboleh pergi jauh setakat dgn ilmu yg Xsbrapa ini..
Tp?
Bantulah ak Ya Allah..
Agar Diberi Kekuatan olehMu utk ak m'dalami & m'kaji Ilmu2Mu..
Kerana itu yg terbaik disisiMu..

Wwaaaa>>
Lari Topic tak??hahah..
Apa pun??
Teruskan perjuangan kamu "Nurfaten Diyana"!

Kamu Boleh Buat Yg Terbaik!
I Luv Myself !
waaaaaaaaaaa >> {0=o}'

<< 4 Keadaan Yang Pasti Berlaku! >>

Hanya ada 4 keadaan yg dialami seorang hamba:  
Nikmat, Cubaan, Taat, Maksiat.

1. Jika berada dalam nikmat, bersyukurlah
2. Jika berada dalam cubaan, bersabarlah
3. Jika berada dalam taat, saksikanlah anugerah-Nya kepadamu
4. Jika berada dalam maksiat, segeralah bertaubat
(Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi)

Kerana Aku Seorang Wanita..Yg Aku Harapkan Ialah >>



Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku

Kerana aku wanita
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

Kerana aku wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku

Kerana aku wanita 
Air mata teman setiaku

Kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

Kerana aku wanita 
Aku damba pertolongan darimu Adam


Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku

Kerana aku wanita
Akhlakmu ukuran dimataku


Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
Takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita
Maka peliharalah susunan kata-katamu

Kerana aku mudah terasa
Namun aku bukan lemah
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

Kerana aku wanita
Peliharalah dirimu dari mencemuhku

Saat titisan jernih mengalir dari mataku
Kerana itu cara untukku
Meluahkan perasaanku
Supaya hatiku tenang kembali

Kerana aku wanita
Aku memang sangat peka

Maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
Hakikatnya kau begitu jelek pada pandanganku.

Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
Darjat mu telah jatuh pada pandanganku

Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
Maka tiada lagi hormat untukmu dariku
..

3 Peringkat Zikir


Zikir Qauli
Zikir qauli adalah zikir dengan menyebut nama Allah dengan lidah dan meresapkannya ke dalam hati, seperti membaca tasbih, tahmid, takbir, istighfar, tahlil, membaca al-Quran dan sebagainya.

Zikir Fi'li
Zikir Fi'li adalah zikir dengan perbuatan, umpamanya meninggalkan perbuatan maksiat, menuntut ilmu, mencari rezeki halal, menghibur orang yang sedang kesusahan dan seumpamanya.

Zikir Tafakur
Zikir Tafakur adalah zikir yang dilakukan dengan memikirkan makhluk-makhluk cipataan Allah setiap waktu dan keadaan.
Zikir inilah yang paling tinggi tingkatannya.

10 Peringatan Bumi Untuk Kita!



Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...